Kalau dapat kalendar baru, antara first thing yang akan tengok ialah bila cuti and of course, raya bila lah tahun ni.
Masa kecik dulu, raya lah antara hari yang paling dinantikan-nantikan. Mana taknya, hari raya takyah berlapar lagi, takyah curi-curi minum air paip lagi dan paling best dapat kumpul duit raya! Siapa dapat duit raya paling banyak kat sekolah dulu dialah yang paling hebat. Kad raya wajib dihantar kat kawan-kawan yang rapat. Ucapan panjang berjela walaupun selalu berjumpa. Aku sempat membelek kad raya yang diterima masa sekolah rendah dulu yang berbunyi:
“Hai Fatin. Awak buat ape tu? Baju raya dah siap? Nanti raya datang lah rumah saya......”
Sanggup dulu paksa Mama pergi pejabat pos semata-mata nak hantar kad raya kat kawan-kawan. *Hehe*
When it comes to baking cookies, tugasan yang selalu diterima bukak sarung kuih dan letak manik hiasan atas kuih. Suka sangat sampai bermuncung mulut sebab terlalu khusyu’. Bila tetamu datang dan Mama cakap, “Makanlah, kuih tu Fatin yang buat,” Tersengeh-sengeh daku even aku just letak ceri je. *Haha* Baju raya kalau tak cukup 3 pasang memang mengamuk la. First day raya normally baju kurung or baju kebaya. Second day baju gown, biasala budak perempuan. Third raya jeans dan T-Shirt. Favorite brand dulu, Kiko or Kiki-Lala. Hee. Belum sempat raya lagi dah berapa kali cuba baju raya sampai dah “basi” baju tuu. Kasut raya kalau tak ikut Mama pergi beli, Mama akan ukur kaki ngan tali rafia, tali rafia bawak pergi kedai pengganti diri. Siap beli ngan socks yang ada ribbon tu lagi.
Malam raya excited nak mampus. Baju tidur, baju tidur sempena raya okay. Main bunga api dan mercun kat kawasan rumah. The best part was battle ngan jiran-jiiran lain. Rumah siapa mercun dia paling kuat dan cool dikira pemenang. Rumah pulak dihiasi indah. Lampu lip-lap tu wajib ada. Gantung kad raya seluruh rumah. Tukar langsir baru. Balang-balang diisi dengan kuih raya. Bla3.
Pagi raya, pagi-pagi dah bangun. Teruja nak pakai baju baru. Siap berbedak lagi. Then beratur ramai-ramai cium tangan parents. Memohon maaf no 2, duit raya yang paling penting. Hehe. Pastu, pergi masjid, tak kesah kena solat kat luar pun asalkan dapat solat raya kat masjid. Tapi kasut baru tinggal rumah dulu takut hilang. Hehe.
Then, bertolak balik kampung. My kampung was only a-40-minute journey, that’s why tak balik awal-awal. Meriah sangat celebrate kat kampung. Jumpa cousins yang selama ni jarang jumpa; ada saudara-mara yang tak pernah tengok pon. Lebih 10 rumah kitorang ziarah sampai rumah yang ke-10 perut dah tak mampu nak isi makanan dah pun. Bila malam acara yang paling best tatkala makcik-makcik ngah bergossip sakan, budak-budak main mercun dan kira hasil kutipan Hari Pertama. Duit tak pernah rasa nak simpan, ada je benda nak beli. *Haha*
Second day raya biasanya my parents buat open house. Aku lah antara orang yang paling busy. Sebenarnya takdelah busy pon Cuma buat-buat busy je. Suka tengok relatives and friends memenuhi rumah. Aku ngan adik biasanya suka kira ada berapa pasang kasut kat luar rumah. Syok kot bilang kasut-kasut tu, dahla baru-baru an. *Hehe* Third day raya biasanya turn kitorang pergi beraya rumah orang. Turun pagi, almost magrib baru balik rumah. Penat tapi happy!
Tapi, tu semua dulu je. Raya sekarang dah tak smeriah dulu. Why? Adakah faktor usia ataupun raya memang dah kurang sambutan? Dah takde hantar kad raya semua melalui pos, sekarang semua pakai Internet. Contoh, my 6 year bro wished me Hari Raya through FB this morning. Haha. Baju raya pon dah tak kesah berapa pasang, ada sepasang pon dah cukup. Priority diberi kepada adik-adik kecik. Kalau jumpa sedara-mara pun , sesetengah tu buat hal sendiri dengan Ipod la, Blackberry la, PSP la. Teknologi kadang-kadang merubah sesetengah perkara.
Lagi-lagi tahun ni, sambutan hari raya family kitorang hanyalah ala-kadar. Raya tahun ni dah tak sama sebab inilah our first AidilFitri without Arwah Mek.
Apa-apapun, di kesempatan ini, saya, Fatin Shafira Ab Patah ingin menyusun20 jari termasuk jari kaki memohon kemaafan sekiranya daku ada sengaja or tersengaja or memang tak sengaja buat salah dengan kalian. I know I’m not perfect and often make mistakes but do forgive me, i’m just a normal human being, tak lari dari membuat kesilapan. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin yaww!!
Kepada kawan-kawan yang berada di kawasan Kota Bharu, jemput datang ke rumah 2nd raya nanti. Ada buat makan-makan sikit.
Have fun. Enjoy ur raya.!!
Hati-hati di jalan raya. Ingatlah nyawa orang yang tersayang. <3
~Yang tulus lagi ikhlas
-Fatin Shafira-
Quote of the day:
All changes, even the most longed for, have their melancholy; for what we leave behind us is a part of ourselves; we must die to one life before we can enter another. ~Anatole France
(P/S: Ngah imagine: macam mana hari raya 20 tahun lagi eh? )
No comments:
Post a Comment