Monday, December 13, 2010

:: Binatang Peliharaan Saya :D ::



Selama 20 tahun hidup di muka bumi ini, daku mempunyai beberapa jenis binatang yang telah dijadikan haiwan peliharaan . Berikut adalah-adalah binatang yang pernah dimiliki *Jap, asal ayat skema sangat?* Haha.






Kucing lah pet paling common dimiliki. Kat mana-mana pun makhluk ni biasa kita lihat. One of my favorites cats that I owned was a strayed, orange cat which I called Garlfield aka Gapil. *Memang tade modal, kucing kaler oren sikit mesti bagi nama Garlfield* Sayang wooo sama Si Gapil tuh. Masa beliau sakit siap penah suap panadol. Tapi ending daku bersama Gapil tak best. Diusianya 3 tahun, beliau lari bersama kucing betina yang lain. Ceyhhh! Tak kenang budi punye kucing!




Sebab hangin sangat kat Gapil, rasa nak bela musuh kucing pulak pastu. Then, my dad beli 2 ekor hamster yang sangat cumil. Nama diorang Said dan Minoh. *Nama-nama famous kat Kelate* Sebab terlalu kecik, takut nak mandikan diorang. Takut lemas la kununnya. Bodoh tak bodoh *cakap kat diri sendiri* Said dan Minoh menjadi lemah sebab tak pernah dimandikan dan akhirnya meninggalkan dunia ini. *Sobs*









Yang kisah rabbit ni plak (bukan gambar sebenar), adik-adik daku yang gatal sangat nak bela. Diorang ingat senang ke nak bela binatang ni. (T_T) Diorang comel, tapi quite delicate and poopoo diorang baunya agak munusuk kalbu. Maaf ya, memory bersama rabbits tu agak kureng.







Turtles ka tortoise ah? *Haha* 2 ekor kura-kura ini adalah pets yang dikongsi dakuu bersama ngan Adila Omar dan masih hidup sehingga ke hari ini. Sekor namanya Summer (mine), sekor lagi namanya Steve (Dila’s). Diorang ni memang senang je nak jaga. Tak bagi makan soploh hari pun tak mampus lagi ok. *Hee*So, ia sesuai bagi mereka yang schedulenya agak packed seperti kami pelajar law. Makanan pun agak murah compared to makanan pets lain.





Yang Summer ni agak ganas dan aktif berbanding Steve. Ganas seperti tuannya la kan. *Haha* Sekarang hobinya menggigit apa saja yang dia nampak. Hidung Teddy Bear daku pun nak dibahamnya. (‘=_=)





Ni plak binatang yang selalu kuimpi-impikan untuk dimiliki. Ular Albino. Cun seyhhh! Bila bagitau housemate nak bela binatang ni, diorang cam tak setuju. Siapa nak, bangun pagi tiba-tiba ada ular terbelit-belit kat sebelah. *Haha* Haritu dah pergi pet shop survey menatang ni, tapi masih tak mampu dimiliki. Harganya mencecah ribuan ringgit.Tapi one day, nak jugakkkk!!









Ini bukti daku tak takut ular! *Hehe* (Muka sengeh je, dalam hati…hee)





Kalau tak dapat ular, the alternative would be Sugar Glider yang suka glide tapi rasanya takdelah manis. *Haha* Bila pergi survey, sekor sugar glider boley dapat dalam RM250. Sangat comel dan kecik molek, sesuai ngan daku yang kecik ni *Ok, menipu*. Tapi tunggu cukup commitment dulu nak dapatkan ia sebab I’m afraid I would be busy with classes.






So, jom sama-sama bela pets!! ;)



No comments:

Post a Comment