Ok, dah lama gila nak buat post pasal ni, tapi disebabkan kekangan masa, only now i am free to write on anything on the world.
Masa kecik zaman yang menyeronokkan. Takyah banyak fikir. Kerja mintak duit ngan mak pastu beli jajan yang jual kat belakang sekolah. Kadang-kadang sanggup ikat perut masa waktu rehat sebab nak beli jajan. Makanan kantin sucks. Beli Tora kat belakang sekolah lagi best, dahla ada biskut coklat tu, pastu ada mainan lagi. :D
♥ ♥Ding-Dang/ Dora ♥ ♥
Kalau compare 2 benda nih, Tora tu cam lagi up la. Dua2 dapat mainan dan dua2 ada biskut choc yang salu kena buang tu.. Takpun just jikat dia punya choc then buang biskut tu. hee
♥ ♥ NyamNyam ♥ ♥
I love this too! All you need to do is to dip the colourful rice-crisp into choc ;D
♥ ♥ Ice-cream poli/batang/malaysia/whatever you call it ♥ ♥
Imagine penat-penat balik sekolah tenghari, dengan tekak haus pastu dapat ice-cream ni. Syok wooo! Dahla murah gila. Pastu boleh patahkan dua, share ngan member lagi. Awesomeness!
♥ ♥ Bubble Gum Buah2an :) ♥ ♥
Ada macam flavour, but my fav is grape! Setiap kotak ada 3 biji. Nampak exclusive sangat sbb they are in a small, wrapped box. And yeaah, another 10-cent candy. Sama lagi ke harga sekarang?
♥ ♥ Crack/Pop Candy ♥ ♥
Gula-gula meletup. Rasa cam hebat gila dapat makan benda ni, pastu bila letak kat lidah ia meletup-letup. Untuk effect yg lagi best, tutup telinga.Pastu kadang-kadang tu mengada pegi letak dalam air sbb nak tengok dia macam boil. Cool dohh :P
♥ ♥ BinBin ♥ ♥
Corn snack that taste so sweett! Dahla ada dua kat dalam kan. Kadang-kadang makan satu dulu, then satu lagi simpan makan kat rumah. I was suprised to see that this snack was being sold at my faculty. Dah berkurun kot tak nampak.
♥ ♥ Gula-Gula Udang ♥ ♥
Takdelah rasa udang pun, but dia punya wrappers are so colourful with gambar udang. Suka makan sebab tak payah kemam lama-lama sebab gula-gula udang rapuh dan sedap ;)
♥ ♥ The-I-Don't-Know-What-To-Call-Candy ♥ ♥
The best part of this candy is the glucose aka debu-gula ! I love the glucose so much that I finish it first before the fruity candies. :P
♥ ♥ Gula-Gula Arnab ♥ ♥
Ok, ni pun bukan gula-gula perisa arnab *eww* but ini gula-gula susu. Paling syok sebab kulit dia kat dalam boleh makan. Pastu tunjuk kat member-member, "look at me, i can eat the wrapper as well!!"
♥ ♥ Yupi (Pizza ) ♥ ♥
Yupi ni ada dalam pelbagai bentuk and flavour but aku paling suka Yupi Gummi Pizza! Motif? Sebab boleh bajet makan pizza dan sebab boleh share ngan kawan-kawan yang lain. 6 slices of 'pizza' kan? ;D
Rindu zaman-zaman kecil duluuu. Zaman innocent dan zaman bersukaria. Yang paling best, sumbat je semua makanan ni, you will rarely put on lots of weight.
So, yang mana favorite? Or do you have something else as fav candy when you were little? :)
No comments:
Post a Comment