10 more days from now, I could be either crying because I am too happy, or the worst case scenario is because of undesirable final exam result. (Nauzubillah). Serious cuak gila baboon dowh. I gave all I could but only Him knows what might happen. Sometimes kita rasa kita dah buat apa yang termampu but God has other plan for us. Sometimes kita rasa kita buat sambil lewa pun still dapat good result. Tu semua kehendakNya, nak uji how we react to His will. Ada yang terlalu happy sampai lupakan Dia, lupa apa yang kita peroleh tu semua milikNya. Ada juga yang terlalu sedih sampai melakukan perkara yang tak wajar
Good or bad result, the first thing that should come out from our mouths is the kalimah, Alhamdulillah. Mungkin bagi kita result tu tak seberapa, tapi bagi kawan-kawan lain, they would do anything in the world to get such result. Tak perlu bermuram durja, teruskanlah perjuangan. We still got long way to go aite? ;) It’s not the end of the world. As I stated earlier, He might have other plans for us.
I know people always say, “Cakap senang!” But believe me, I’ve been in this situation. My first sem BLS result is not something to be proud of. How I measure it? By the look in my mother’s face. Nampak sangat dia frust. That was really heart-breaking. =( But I never gave up, let by gone be by gone. I redeemed myself by granting her a better result in the 2nd semester. Alhamdulillah.
As for this semester, I have no idea what is going to be 10 days from now. I am not a freaking psychic to predict what will happen in the future, aku hanyalah hambaNya yang sangat lemah dan terhina. But I am really hoping for the best, Siapa yang tak nak good result kan? Tipulah kalau tak pernah terdetik dalam hati nak dapat DL. Whatever the result might be, InsyaAllah aku akan cuba menerimanya dengan hati yang terbuka.
To all my dear friends, good luck with your result. Selalulah panjatkan kesyukuran ke atas nikmat yang dikurniakanNya. Semoga kita semua sukses! Amin! ;)
Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya aku telah meletakkan sepenuh usaha di dalam peperiksaan akhir tempoh hari.Sekarang apa yang aku mampu lakukan adalah bertawaqqal kepadaMu. Lembutkanlah hati-hati pensyarah yang menanda kertas jawapanku. Kurniakanlah aku kejayaan supaya aku dapat menggembirakan hati kedua orang tuaku. Sesungguhnya usaha kerasku adalah demi keluargaku, jauh sekali untuk diri sendiri. Sekiranya aku berjaya, kupanjatkan sepenuh kesyukuran kepadaMU, semoga tidak sekali-kali timbul rasa takbur dan bangga dalam diri ini. Jika tidak berjaya, aku redha Ya Allah. Semoga aku tidak berputus harapan. Sesungguhnya yang baik itu semuanya dariMu Ya Allah. Kejayaan dan nikmat-nikmat lain yang Kau kurniakan adalah milikMu, aku hanyalah peminjam. Dan yang tidak baik itu datang dari kejahilan hambaMu ini. Ya Allah Ya Rabb, makbulkanlah doaku, kurniakanlah kejayaan kepadaku.
Amin.
No comments:
Post a Comment